13 & 14 FEBRUARI 2025 | KHAMIS & JUMAAT - Mesyuarat Jawatankuasa Perundingan Pihak Berkuasa Tempatan (JPPBT) Bil. 1/2025 (Zon Selatan & Tengah).
Majlis Perbandaran Batu Pahat telah terpilih menjadi tuan rumah bagi Mesyuarat Jawatankuasa Perundingan Pihak Berkuasa Tempatan (JPPBT) Bil.1/2025 anjuran bersama Jabatan Kerajaan Tempatan bertempat di Bilik Mesyuarat Delima, Menara MPBP.
Mesyuarat yang diadakan pada 13-14 Februari 2025 telah dipengerusikan oleh Ketua Pengarah Jabatan Kerajaan Tempatan YBhg. Dato’ Mohd Fadzli bin Mohd Kenali.
Terima kasih diucapkan kepada YBhg Dato’ Ketua Pengarah dan seluruh Ahli Mesyuarat yang hadir ke Majlis Perbandaran Batu Pahat.