Majlis Sambutan Maal Hijrah 1447H

Majlis Sambutan Maal Hijrah 1447H

  • 18 Jul 2025
  • Berita

18 JULAI 2025 | JUMAAT - Majlis Perbandaran Batu Pahat dengan kerjasama Yayasan Makmur Batu Pahat telah menganjurkan Majlis Sambutan Maal Hijrah 1447H bertempat di Dewan Jubli Intan Sultan Ibrahim, Batu Pahat. Program dimulakan dengan bacaan al-Quran dan terjemahan serta bacaan Surah al-Kahfi. Majlis diserikan lagi dengan penampilan penceramah jemputan khas Panel Jemputan Tanyalah Ustaz TV3/TV9 iaitu Ustaz Da’i Azam al-kankari dengan ceramahnya bertajuk Hijrah Menuju Allah.

Majlis ini juga turut memberikan penghargaan kepada individu, Badan Bukan Kerajaan (NGO) dan komuniti yang bergiat aktif dalam aktiviti keagamaan, kesukarelaan dan pembangunan masyarakat di Batu Pahat. Yang Berhormat Dato’ Haji Zulkurnain bin Haji Kamisan, Pengerusi Yayasan Makmur Batu Pahat telah menyampaikan penghargaan kepada Encik Muhamad Zuhaili bin Othaman, Southern Volunteers Batu Pahat dan KRT Kampung Satey/Pantai yang dipilih sebagai penerima penghargaan pada majlis ini.

Turut hadir sama Yang Berhormat Puan Hajah Nor Rashidah binti Ramli, Ahli Lembaga Yayasan Makmur Batu Pahat, Yang Dipertua MPBP, Tuan Haji Ezahar bin Haji Abu Sairin, Encik Zaidi bin Japar, Ketua Whip Ahli Majlis MPBP, Setiausaha MPBP, Encik Abd Razak bin Ithnain dan Ahli-ahli Majlis MPBP.

Diharap program ini dapat mencapai objektifnya dalam meningkatkan kefahaman dan penghayatan terhadap nilai-nilai murni agama Islam dalam perkhidmatan bagi melahirkan warga MPBP yang mempunyai kekuatan spiritual, intelektual dan emosi yang seimbang.