Majlis Sambutan Hari Kebangsaan Ke 68

Majlis Sambutan Hari Kebangsaan Ke 68

  • 31 Ogs 2025
  • Berita

31 OGOS 2025 | AHAD - Majlis Sambutan Hari Kebangsaan Ke-68 Peringkat Negeri Johor telah berlangsung dengan penuh meriah dan semangat patriotik bertempat di Stadium Batu Pahat.

Majlis Perasmian telah disempurnakan oleh YAB Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz bin Ghazi, diiringi oleh YB Dato’ Haji Asman Shah bin Abd Rahman, Setiausaha Kerajaan Negeri Johor, serta YBhg. Tuan Mohd Farid bin Kassim, Pegawai Daerah Batu Pahat. Turut hadir, Yang Berhormat ADUN, Pegawai-Pegawai Tadbir Negeri Johor, Ketua-ketua Jabatan Kerajaan Negeri dan Persekutuan, Ahli Majlis Daerah Batu Pahat.

Acara dimulakan dengan lintas hormat oleh Rejimen Askar Melayu Diraja yang membawa Jalur Gemilang, diikuti perarakan kontinjen melibatkan Jabatan Kerajaan, badan beruniform, NGO, persatuan veteran, serta aset dan kenderaan khas daripada PDRM, ATM, APM dan JBPM.

Majlis turut diserikan dengan persembahan deklamasi sajak, koir serta bacaan ikrar kemerdekaan. Seterusnya, penyampaian hadiah telah diberikan kepada pemenang pertandingan perbarisan mengikut kategori Jabatan Kerajaan, Mukim, IPT/sekolah dan NGO.

“MALAYSIA MADANI, RAKYAT DISANTUNI”