Program Gerak Mesra Zon 6

Program Gerak Mesra Zon 6

  • 14 Dis 2024
  • Berita

14 DISEMBER 2024 | SABTU - Program Gerak Mesra Ahli Majlis Zon 6 Majlis Perbandaran Batu Pahat telah diadakan di Dewan Terbuka Taman Manis 2, Parit Raja anjuran Encik Toh Poey Tiong, Ahli Majlis Zon 6.  Majlis ini telah dirasmikan oleh Y.B Puan Hajah Nor Rashidah bt. Hj. Ramli, ADUN Parit Raja.

Pelbagai aktiviti telah dijalankan sepanjang program seperti Senamrobik, Gotong-royong, Plogging Challenge, Pameran JPJ, Pameran SWCorp, Pertandingan Gubahan, Cabutan berhadiah, Kaunter Bayaran, Pertandingan Mewarna Kanak-Kanak, Pameran Agensi Kerajaan Dan Swasta.

Terima kasih kepada SWCorp Cawangan Batu Pahat, Jabatan Pengangkutan Jalan Cawangan Batu Pahat, Buddhist Tzu Chi Merits Society Malaysia, Kawasan Rukun Tetangga (KRT) Taman Manis 2 dan Penduduk setempat.

Yayasan Makmur Batu Pahat turut memberi sumbnagan kepada 20 orang asnaf dikawasan Zon 6.

#MPBP #MajudanSejahtera #PGMZon6