Majlis Pelancaran TOURISM BP

Majlis Pelancaran TOURISM BP

  • 28 Dis 2024
  • Berita

28 DISEMBER 2024 | SABTU - Telah berlangsung Majlis Pelancaran TOURISM BP yang disempurnakan oleh Tuan Yang DiPertua Majlis Perbandaran  Batu Pahat, Encik Ezahar bin Abu Sairin. Turut hadir Encik Mohd Faizzuddin bin  Azmi, wakil Pegawai Daerah Batu Pahat, Encik Zaidi bin Jaapar, Ketua Whip Majlis Perbandaran Batu Pahat, Encik Shahril bin Karjoo, Ketua Jabatan Perancangan Pembangunan, MPBP dan Encik Qairy bin Herman, Pengerusi TOURISM BP, barisan Ahli Majlis MPBP serta masyarakat setempat. 

Acara seterusnya merupakan majlis pelancaran TOURISM BP oleh Tuan Yang DiPertua,  Encik Ezahar diiringi tetamu jemputan yang berlangsung di atas pentas utama. Sebagai gimik pelancaran, montaj pelancongan Daerah Batu Pahat telah dipaparkan. Majlis pelancaran diakhiri dengan penyampaian cenderahati kepada semua tetamu kehormat oleh Pengerusi TOURISM BP. 

Untuk makluman, TOURISM BP merupakan Persatuan Pelancongan, Rekreasi, Warisan dan Seni Budaya Batu Pahat (Tourism, Recreation, Heritage and Cultural Arts Association Batu Pahat) yang telah sah didaftarkan di

bawah Registry of Societies (ROS) pada 11 September 2024.  

MPBP merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih buat semua yang menjayakan majlis pelancaran ini. Diharapkan agar penubuhan jawatankuasa TOURISM BP mampu menjadikan Batu Pahat sebagai Bandar Ikonik Pelancongan sempena Tahun Melawat Johor 2026.

#YokMangan3.0 #MajudanSejahtera #MajuJohor #BPHebat