24 JANUARI 2025 | JUMAAT - Majlis Perbandaran Batu Pahat telah menerima dua (2) pengiktirafan pada Majlis MIP PLANNING EXCELLENCE AWARD 2024 (MIPEA 2024) bertempat di Majestic Hotel Kuala Lumpur pada 24 Januari 2025. Tuan Yang DiPertua, En Ezahar bin Abu Sairin serta diiringi pegawai telah menerima anugerah sepertimana berikut :-
- Special Mention - Planning Service Excellence Award bagi tajuk SMARTGIS MPBP PORTAL: SMART AND INTEGRATED GEOSPATIAL OPEN DATA
- Special Mention - Smart City Award (Smart City Blueprint) bagi tajuk PELAN TINDAKAN BANDAR PINTAR & BANDAR RENDAH KARBON MAJLIS PERBANDARAN BATU PAHAT 2023-2030
Majlis turut diserikan dengan kehadiran YAB Datuk Seri Anwar Ibrahim, Perdana Menteri Malaysia, Datuk Patinggi Tan Sri (Dr) Abang Haji Abdul Rahman Zohari Bin Tun Datuk Abang Haji Openg, Premier Of Sarawak, YBhg. Datuk TPr Dr. Alias bin Rameli, Ketua Pengarah PLANMalaysia, Datin TPr Hjh Noraida Saludin, Presiden Malaysia Institute of Planners (MIP) serta dif-dif jemputan.
Majlis Perbandaran Batu Pahat akan komited untuk terus melaksanakan agenda Bandar Pintar dan Rendah Karbon serta memenuhi aspirasi Matlamat Pembangunan Mampan _(Sustainable Development Goals – SDGs)_ sehingga mencapai status Bandar Pintar Berwawasan Tahap 4 – _Visionary Smart City_ menjelang tahun 2030.
#bpsmartandlowcarbon #bpsmartcity #majudansejahtera #majujohor #bphebat #towardsmartandlowcarbon #bp2030 #batupahat #mpbp