Majlis Lawatan ke Tapak Projek Medan Niaga Batu Pahat, Johor dan Sesi Penyerahan Projek di Bawah peruntukan KPKT

Majlis Lawatan ke Tapak Projek Medan Niaga Batu Pahat, Johor dan Sesi Penyerahan Projek di Bawah peruntukan KPKT

  • 20 Jan 2025
  • Berita

20 JANUARI 2025 | ISNIN - Majlis Lawatan ke Tapak Projek Medan Niaga Batu Pahat, Johor dan Sesi Penyerahan Projek di Bawah peruntukan KPKT bagi Majlis Perbandaran Batu Pahat (MPBP) di Medan Niaga Batu Pahat (Pusat IKS, Peserai) telah diadakan pada 20 Januari 2025.

Majlis menandatangani Akuan Penyerahan dan Penerimaan, Projek Jabatan Kerajaan Tempatan, KPKT antara Kontraktor Imanpuri Sdn Bhd dan Timbalan Ketua Pengarah KPKT serta Yang Dipertua Majlis Perbandaran Batu Pahat ini telah disempurnakan bersama Timbalan Ketua Pengarah KPKT iaitu Ar. Zuhairi bin Manaf, Pengarah KPKT Encik Syahrul Nizam bin Salleh, Ketua Penolong Pengarah Encik Samsuri bin Abdul Hamid, Ketua Penolong Pengarah Encik Mohamad Rizzuan bin Shahrul Amri dan Penolong Jurutera KPKT Encik Mohammad Faiz bin Zakaria. Turut serta Tuan Yang Dipertua Majlis Perbandaran Batu Pahat, Encik Ezahar bin Abu Sairin, Tuan Setiausaha Majlis Perbandaran Batu Pahat, Encik Abd. Razak bin Ithnain, Ketua Jabatan Penilaian dan Pengurusan Harta, Puan Sr Mastura binti Othman, Ketua Jabatan Kejuruteraan dan Landskap, Encik Ridzuan bin A. Rahim, pegawai-pegawai MPBP serta kontraktor utama projek tersebut, Imanpuri Sdn Bhd.

Penyerahan Projek Renovasi Bangunan dua (2) tingkat di Pusat IKS, Benteng Peserai, Batu Pahat ini merupakan satu lagi kesinambungan pencapaian pembangunan projek-projek di jabatan ini dalam usaha untuk menyediakan keperluan ruang niaga kepada peniaga tempatan iaitu dalam rangka kerja untuk memberi kemudahan dan keselesaan serta perkhidmatan yang lebih berkualiti dan inovatif.

Setinggi-tinggi penghargaan perlu dizahirkan kepada pihak KPKT dan juga pihak kontraktor serta semua pihak yang terlibat dalam memberi kerjasama dan komitmen yang tidak berbelah bahagi dalam menjayakan pelaksanaan Pusat IKS, Benteng Peserai ini.

#MajudanSejahtera #MajuJohor #BPHebat