01 JANUARI 2026 | KHAMIS - Majlis Perbandaran Batu Pahat (MPBP) menganjurkan Majlis Apresiasi Pelaksanaan Petunjuk Bandar Mampan Malaysia (MURNInets) Tahun 2025 bertempat di Aras 14, Menara MPBP, Jalan Rugayah, Batu Pahat. Majlis ddisempurnakan oleh Tuan Haji Mohd Nazid bin Jasiman, Yang DiPertua Majlis Perbandaran Batu Pahat. Turut hadir En. Zaidi bin Japar, Ketua Whip Majlis Perbandaran Batu Pahat, TPr Muhamad Husaini bin Harun, Ketua Penolong Pengarah PLANMalaysia Negeri Johor selaku Pusat Operasi Murninets Negeri (POMN) serta Hajjah Maslin Ruhaila Binti Muhammad Rashid, Akauntan Majlis Perbandaran Batu Pahat.
Pada majlis ini turut dijemput dan menerima sijil Penghargaan adalah agensi pembekal data yang terlibat dengan pengemaskinian data MURNInets di peringkat daerah seperti Ibupejabat Polis Daerah Batu Pahat, SWCORP Batu Pahat, Tenaga Nasional Berhad (TNB) Batu Pahat, Ranhill SAJ Sadn Bhd, Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) Batu Pahat, Pejabat Kemas Parlimen Sri Gading, Pejabat Perpaduan Daerah Batu Pahat dan Pejabat Kesihatan Daerah Batu Pahat. PLANMalaysia Negeri Johor turut diberikan Sijil Penghargaan diatas komitmen dan kejayaan sebagai penyelaras Pusat Operasi MURNInmets Negeri (POMN) yang telah memainkan peranan yang sangat berjaya.
Majlis bertujuan menghargai komitmen dan kerjasama yang telah diberikan oleh semua agensi sepanjang aktiviti pengemaskinian data indikator kemampanan bandar serta kerjasama yang baik sepanjang program dijalankan. Sebagai rekod, Majlis Perbandaran Batu Pahat telah mendapat tempat kedua (2) daripada 16 Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) Negeri Johor bagi status bandar mampan dan Tempat Pertama di bawah Kategori Perbandaran.
Majlis Perbandaran Batu Pahat komited memastikan terus kekal mampan bagi memastikan masyarakat dapat menikmati kualiti hidup yang lebih baik dan sihat selaras dengan Matlamat Pembangunan Mampan (SDG) yang dijadikan asas pengukuran dan panduan gerak kerja perancangan dan pembangunan di kawasan pentadbiran Majlis Perbandaran Batu Pahat.
#batupahatmampan #majudansejahtera #batupahatpintar #batupahat #majujohor #johor #smartandlowcarboncity #sdgbatupahat #sustainablecity