29 APRIL 2025 | SELASA - Majlis Perbandaran Batu Pahat (MPBP) telah menganjurkan Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang 2024 dan Jasamu Dikenang sebagai tanda penghargaan kepada warga kerja yang telah menunjukkan prestasi dan dedikasi luar biasa dalam perkhidmatan awam.
Majlis penuh bermakna ini telah disempurnakan oleh Yang Dipertua MPBP, Encik Ezahar bin Abu Sairin, dan turut dihadiri oleh Ketua Whip Ahli Majlis MPBP serta barisan Ahli Majlis yang lain.
Antara yang diraikan pada majlis ini ialah:
- 28 penerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) 2024, atas kecemerlangan dan komitmen tinggi dalam menyampaikan perkhidmatan terbaik kepada masyarakat.
- Pekerja Cemerlang Bulan Februari & Mac 2025, sebagai pengiktirafan kepada prestasi kerja harian yang luar biasa.
- 2 orang pegawai yang berpindah, sebagai tanda penghargaan atas sumbangan mereka sepanjang berkhidmat di MPBP.
- 3 orang pegawai tamat kontrak, atas jasa dan bakti yang telah dicurahkan.
- 11 orang pesara, yang diraikan atas pengorbanan dan komitmen sepanjang tempoh perkhidmatan mereka.
Majlis ini bukan sekadar satu bentuk penghargaan, malah menjadi simbol kepada budaya kerja cemerlang yang sentiasa dipupuk dalam organisasi MPBP.
Tahniah dan terima kasih kepada semua yang diraikan. Semoga kejayaan dan jasa kalian menjadi inspirasi kepada warga MPBP untuk terus berkhidmat dengan penuh integriti dan profesionalisme.