Majlis Amanat Tahun Baharu 2025

Majlis Amanat Tahun Baharu 2025

  • 20 Jan 2025
  • Berita

16 JANUARI 2025 | KHAMIS-  Bersempena dengan kehadiran tahun baru 2025, En. Ezahar Bin Abu Sairin, Yang Dipertua MPBP telah menyampaikan amanat beliau dalam perhimpunan pertama MPBP bagi tahun 2025. Antara amanat beliau ialah halatuju MPBP 2025 iaitu 3 fokus utama yang perlu dilaksanakan ialah :

  1. Memperkasakan kemahiran dan kecekapan dalam tadbir urus organisasi
  2. Memperkasakan sumber hasil Majlis untuk kesejahteraan rakyat
  3. Memperkasakan pembangunan data geospatial MPBP

Pencapaian yang membanggakan bagi tahun 2024 ialah MPBP telah mencatatkan peningkatan prestasi kutipan hasil sebenar sebanyak 12.21% berbanding pada tahun 2023. Jumlah hasil 2024 ini juga telah mencapai 104% daripada  anggaran hasil yang ditetapkan berbanding 99% pada tahun 2023. Diharapkan kejayaan ini diteruskan bagi tahun 2025.

Majlis dimulakan dengan bacaan lafaz Ikrar Aku Janji Penjawat Awam oleh En. Muhammad Afiq bin Rosman, Pegawai Undang-Undang dan Lafaz Ikrar Bebas Rasuah oleh En. Mohamad Qamarul Hazeq bin Mohamad Ridza, Pegawai Penguat Kuasa dan diikuti oleh semua wargakerja MPBP.

Majlis diteruskan dengan sesi pengenalan 5 orang pegawai lantikan baru iaitu Pegawai Undang-Undang Gred L9, Juruaudit Gred W9, Penolong Pegawai Tadbir Gred N5 dan Pembantu Tadbir Gred N1.

Seterusnya sesi penyampaian Anugerah Pekerja Contoh Bulanan (PCB) bagi bulan Oktober, November dan Disember 2024 diikuti dengan sesi penyampaian surat kenaikan pangkat bagi Pegawai Penguat Kuasa Gred KP3.

Majlis diteruskan dengan sesi penyampaian nota serah tugas pegawai yang bertukar Jabatan/Unit yang terdiri daripada jawatan Penolong Pegawai Tadbir Gred N5 dan Pembantu Tadbir Gred N1.

Seterusnya sesi penyampaian Anugerah Penghargaan Khas Perancangan Penginapan Pekerja Berpusat (CLQ) 2024 bersempena Malaysia Urban Planning Award (MUPA) dan penyampaian Anugerah Bandar Mampan Peringkat Negeri Johor 2024 bersempena Sambutan Hari Perancang Bandar Sedunia (HPBS) peringkat Negeri Johor yang telah dimenangi oleh Jabatan Perancangan Pembangunan MPBP.

Majlis diteruskan dengan pelancaran Buku Pelan Induk Bandar Pintar Dan Rendah Karbon 2.0 MPBP oleh Jabatan Perancangan Pembangunan dan penyampaian hadiah Piala Pegawai Daerah Batu Pahat kepada wakil MPBP FC yang telah menjadi johan Liga Bola Sepak Daerah Batu Pahat.

Akhir sekali, sesi pelancaran Karnival Sukan Kelab Bunga Tanjung yang terdiri 4 rumah sukan iaitu Pasukan Merah- Sapphire, Pasukan Kuning-Zircon, Pasukan Hijau-Emerald dan Pasukan Biru - Topaz bagi perlaksanaan 1 Staf 1 Sukan. Pelancaran ini bagi menggalakkan gaya hidup sihat dan penerapan budaya bersukan dalam kalangan wargakerja MPBP.

#amanattahunbaru2025ydp #mpbpmajudansejahtera #bphebat