Lawatan Pra-Audit Program INFRA RMK-12

Lawatan Pra-Audit Program INFRA RMK-12

  • 14 Jan 2026
  • Berita

14 JANUARI 2026 | RABU - Majlis Perbandaran Batu Pahat (MPBP) bersama Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA) telah mengadakan Lawatan Pra-Audit Program INFRA RMK-12 Tahun 2025 bagi projek Menaiktaraf Infrastruktur Asas Kawasan Perindustrian Berintegrasi Sedia Ada pada 8 Januari 2026 (Khamis).

Lokasi lawatan:

  1. Taman Industri Wawasan
  2. Taman Perindustrian Sri Gading 2
  3. Taman Industri Sri Sulong

Lawatan ini bertujuan menilai status pelaksanaan projek serta memastikan pembangunan infrastruktur dilaksanakan secara berkesan dan selaras dengan objektif Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK-12), khususnya dalam menyokong pertumbuhan pelaburan dan pembangunan ekonomi tempatan.

#mpbp #MajuJohor #visitjohor2026