Lawatan Penanda Aras Tabung Amanah Perkuburan

Lawatan Penanda Aras Tabung Amanah Perkuburan

  • 6 Nov 2025
  • Berita

06 NOVEMBER 2025 | KHAMIS - Satu Lawatan Penanda Aras ke Majlis Bandaraya Seremban (MBS) telah diadakan bertujuan untuk mendapatkan maklumat serta perkongsian amalan terbaik berkaitan urus tadbir Tabung Amanah Perkuburan Islam. Lawatan ini diketuai oleh Tuan Haji Mohd Nazid bin Jasiman, Yang Dipertua Majlis Perbandaran Batu Pahat (MPBP), Encik Abd. Razak bin Ithnain, Setiausaha MPBP. Turut hadir adalah Encik Shahril bin Karjoo, Ketua Jabatan Perancangan Pembangunan, Puan Hajah Maslin Ruhaila binti Muhammad Rashid, Ketua Jabatan Kewangan,  Puan Sr. Mastura binti Othman, Ketua Jabatan Penilaian dan Pengurusan Harta, Puan Fadilah binti Samsudin, wakil Jabatan Kejuruteraan dan Landskap, Puan Nur Atikah binti Mohd Shariff @Ariff, wakil Unit OSC, Encik Muhammad Afiq bin Rosman, Ketua Unit Undang-Undang, pegawai-pegawai MPBP serta wakil PLANMalaysia@Johor. Pihak MBS pula diketuai oleh TPr. Haji Nazri bin A. Ghani, Pengarah Perancangan Pembangunan Majlis Bandaraya Seremban, serta pegawai-pegawai MBS.

Objektif utama lawatan ini adalah untuk meneliti tatacara penubuhan Tabung Amanah Perkuburan Islam di peringkat MBS, termasuk kadar caruman, mekanisme kutipan sumbangan, pelaksanaan serta tadbir urus tabung tersebut yang melibatkan aspek kawalan kewangan dan pemantauan akaun amanah. 

Melalui sesi lawatan ini, pihak MPBP berpeluang mempelajari pengalaman, proses kerja serta amalan terbaik yang dilaksanakan oleh MBS untuk dijadikan rujukan dan panduan dalam pelaksanaan Tabung Amanah Perkuburan Islam di peringkat Majlis Perbandaran Batu Pahat kelak. 

#MajudanSejahtera #BPHebat