Lawatan Kerja YDP MPBP Merangkap Pengerusi Bersama Southern Volunteers Batu Pahat

Lawatan Kerja YDP MPBP Merangkap Pengerusi Bersama Southern Volunteers Batu Pahat

  • 20 Jan 2026
  • Berita

20 JANUARI 2026 | SELASA - Tuan Haji Mohd Nazid bin Jasiman telah mengadakan lawatan kerja ke Pusat Pembangunan Belia Johor Daerah Batu Pahat (PPBJBP) dan 'Command Center' Pasca Bencana Daerah Batu Pahat ( Pejabat Southern Volunteers Batu Pahat) pada 20 Januari 2026 ( Selasa ) jam 3.30 Petang. 

Turut mengiringi lawatan kerja tersebut ialah Encik Abdul Halim bin Sarpin, Ketua Bahagian Pentadbiran Am, Jabatan Khidmat Pengurusan, Puan Saidatul Malaliza binti Saidali, Ketua Jabatan Pembangunan Masyarakat merangkap Penyelaras Southern Volunteers Majlis Perbandaran Batu Pahat, Encik Mohd Faizal bin Abas Penyelaras SBS Batu Pahat, merangkap Setiausaha Southern Volunteers Batu Pahat, Encik Muhammad Khairul Anuar bin Nordin, Yang DiPertua Majlis Belia Daerah Batu Pahat dan Penyelaras Southern Volunteers Respond Team serta sukarelawan Southern Volunteers Batu Pahat. 

Pada sesi lawatan  ini, Tuan YDP telah diberikan taklimat berkaitan carta organisasi, rangka kerja,peranan serta laporan  program-program yang telah dijalankan oleh Southern Volunteer Batu Pahat. 

Turut di lawati ialah Pusat Pembangunan Belia Johor Daerah Batu Pahat (PPBJBP) dan Command Center Pasca Bencana Daerah Batu Pahat dengan meliputi Pejabat Southern Volunteers Batu Pahat, Bilik Gerakan Pasca Bencana, Stor Simpanan Peralatan Pasca Bencana dan Stor Simpanan Bantuan Awal Bencana bagi persediaan bencana di dalam daerah Batu Pahat.