05 DISEMBER 2024 | KHAMIS - Lawatan Belajar Jabatan Khidmat Pengurusan Majlis Perbandaran Batu Pahat (MPBP) ke Jabatan Khidmat Pengurusan Majlis Perbandaran Kluang (MPK)
Lawatan belajar oleh Jabatan Khidmat Pengurusan MPBP yang diketuai oleh Puan Noor Adiba Bte Abdul Rashid, Pegawai Tadbir, Jabatan Khidmat Pengurusan MPBP berserta 12 orang pegawai yang terdiri daripada Bahagian Pentadbiran Am, Bahagian Sumber Manusia dan Bahagian Teknologi Maklumat bagi menimba ilmu berkenaan pembangunan sistem pentadbiran seperti e-job, e-surat dan e-latihan/kursus serta perlaksanaan Klinik Panel.
Jutaan terima kasih diucapkan kepada Ts. Puan Hajah Rafidah Binti Rahmat, Pegawai Teknologi Maklumat MPK, Puan Nurdalila Binti Mohd Rozali, Penolong Pegawai Tadbir (Pentadbiran Am) MPK serta pegawai-pegawainya atas kesudian menerima kunjungan ini.
Semoga lawatan belajar ini dapat menimba pengetahuan serta mencapai matlamat ke arah "Smart Government". Semoga hubungan baik ini dapat diteruskan di masa akan datang.
#lawatanbelajarjkpmpbp #jkpkearahsmartgovernment