13 - 14 JANUARI 2026 | SELASA - RABU - Kursus ini dilaksanakan bertujuan untuk meningkatkan kefahaman mengenai dasar, peraturan dan sistem kawalan keselamatan perlindungan dalam jabatan kerajaan. Kursus ini juga dapat membantu warga kerja MPBP dalam melaksanakan langkah – langkah kawalan keselamatan perlindungan yang berkualiti dan efektif.
Pihak pengurusan MPBP telah mengundang Kapten (B) Addy Husszairi bin Husin, Pegawai Keselamatan Kerajaan dari Pejabat Ketua Pegawai Keselamatan Kerajaan Malaysia (CGSO) negeri Johor untuk menyampaikan taklimat.
Kursus ini telah dihadiri seramai 43 orang pegawai jabatan dalaman MPBP yang terdiri daripada pelbagai jawatan dan gred.