Kursus Pengurusan Jenazah

Kursus Pengurusan Jenazah

  • 4 Jul 2025
  • Berita

04 JULAI 2025 | JUMAAT - Kursus ini diadakan bagi memberi pendedahan dan pengetahuan cara-cara pengurusan jenazah mengikut hukum syarak kepada warga kerja MPBP.

Majlis ini telah mengundang Ustazah Hairunnishah binti Noor Mohamed, Pembantu Hal Ehwal Islam dari Pejabat Kadi Daerah Batu Pahat. 

Seramai 40 orang peserta kursus telah menghadiri kursus ini yang terdiri daripada wakil setiap jabatan dalaman MPBP. 

#MajudanSejahtera #MPBP #MajlisPerbandaranBatuPahat