13 OGOS 2025 | RABU - Kursus ini diadakan bagi memberi pendedahan kepada warga kerja MPBP khususnya Pembantu Khidmat Am tentang kebersihan diri, kawasan penyediaan makanan serta peralatan yang digunakan dalam mengendalikan makanan untuk mesyuarat / program di MPBP.
Pihak MPBP telah mengundang Prof. Madya Ts. Dr. Faridah binti Kormin dan Encik Abdul Hadi bin Mohamed Zainal dari Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) bagi menjayakan kursus ini.
Taklimat kursus ini telah disampaikan oleh Prof. Madya Ts. Dr. Faridah binti Kormin dan dihadiri seramai 20 orang peserta kursus.