Kursus Latihan Kebakaran

Kursus Latihan Kebakaran

  • 13 Mei 2025
  • Berita

13 MEI 2025 | SELASA - Kursus latihan kebakaran ini diadakan bagi memberi pendedahan kepada warga kerja MPBP tentang prosedur keselamatan dan pencegahan ketika berlakunya kebakaran. 

Majlis ini telah mengundang anggota Balai Bomba dan Penyelamat Batu Pahat yang dihadiri oleh PPgB Ayub bin Majid, Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Batu Pahat, Pegawai Operasi PBK 1 Azman bin Mohd Surani dan anggota bomba yang lain. 

Taklimat kursus ini telah disampaikan oleh Tuan Ayub bin Majid dan Encik Azman bin Mohd Surani dan telah dihadiri seramai 46 orang peserta kursus.