02 DISEMBER 2024 | ISNIN - Kunjungan Penandarasan Majlis Bandaraya Johor Bahru dan Sesi Perkongsian Ilmu Program Pemutihan Industri dan Komersial Tanpa Kebenaran di dalam Kawasan Majlis Perbandaran Batu Pahat
Satu sesi Kunjungan Penandarasan Majlis Bandaraya Johor Bahru (MBJB) dan sesi perkongsian ilmu oleh Majlis Perbandaran Batu Pahat (MPBP) telah diadakan pada 2 Disember 2024 bertempat di Bilik Mesyuarat Delima, Majlis Perbandaran Batu Pahat.
Delegasi Majlis Bandaraya Johor Bahru diketuai oleh Tuan Mohd Farid bin Hassan , Setiausaha Majlis Bandaraya Johor Bahru bersama Pengarah Jabatan dalaman dan kakitangan MBJB.
Sesi perkongsian ilmu dipengerusikan oleh Encik Ezahar bin Abu Sairin, Yang DiPertua MPBP dan turut disertai oleh Encik Abd Razak bin Ithnain, Setiausaha MPBP dan Ketua Jabatan Dalaman MPBP. Sesi perkongsian ilmu telah dibentangkan oleh Encik Shahril bin Karjoo, Ketua Jabatan Perancangan Pembangunan MPBP dengan memfokuskan kepada Program Pemutihan Industri dan Komersial Tanpa Kebenaran yang telah dilaksanakan oleh Majlis Perbandaran Batu Pahat dan kaedah penyelesaian ke atas premis yang gagal mengemukakan pelan dalam tempoh yang ditetapkan.
Sesi perkongsian diakhiri dengan perbincangan dua hala di antara kedua PBT dan pihak MBJB berhasrat untuk melaksanakan program pemutihan dengan penambahbaikan mengikut kesesuaian oleh Majlis Bandaraya Johor Bahru.