26 JANUARI 2026 | ISNIN - Yang Dipertua Majlis Perbandaran Batu Pahat, YBhg. Tuan Haji Mohd Nazid bin Jasiman, telah menerima kunjungan hormat daripada pengurusan tertinggi Hospital Sultanah Nora Ismail (HSNI) bertempat di Pejabat Yang Dipertua, Menara MPBP.
Delegasi HSNI diketuai oleh Dr. Fairoz Azlim bin Muslim, Pengarah HSNI, bersama Puan Nasraha @ Nadua binti Sami’an (Timbalan Pengarah Pengurusan) dan Puan Song Yi Wei (Jurutera). Pertemuan ini bertujuan untuk memperkukuh hubungan dua hala serta meneroka ruang kolaborasi strategik melalui penganjuran program-program bersama yang memberi manfaat kepada komuniti setempat.
Perbincangan mesra tersebut memfokuskan kepada integrasi sumber dan kepakaran antara kedua-dua pihak dalam aspek kesihatan awam, keselamatan, serta inisiatif kesejahteraan warga daerah Batu Pahat. Pertukaran idea ini mencerminkan komitmen MPBP dan HSNI dalam membina jaringan kerjasama yang lebih erat demi memastikan penyampaian perkhidmatan yang holistik dan berkualiti tinggi kepada masyarakat.