21 JANUARI 2026 | RABU - Tuan Yang Dipertua MPBP, Tuan Haji Mohd Nazid Bin Jasiman telah menerima kunjungan hormat daripada Pegawai Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) Cawangan Batu Pahat.
Delegasi KWSP yang hadir terdiri daripada Tn. Hj. Samsul Rizal bin Abdullah, Ketua Cawangan KWSP Batu Pahat; En. Zamani bin Zakaria, Ketua Seksyen Khidmat Majikan, Pn. Noridayu binti Madun, Ketua Seksyen Relationship Advisor; Cik Nurul Atikah binti Mohamad Zainodin, Pegawai Relationship Advisor; dan En. Muhammad Azim bin Salehan, Pegawai Relationship Advisor.
Kunjungan ini bertujuan untuk mengukuhkan kerjasama serta perkongsian maklumat antara MPBP dan KWSP Batu Pahat. Semoga pertemuan ini dapat mempertingkatkan kerjasama serta mempererat hubungan antara kedua-dua pihak.