21 JULAI 2025 | ISNIN - Majlis Perbandaran Batu Pahat dengan kerjasama SWCorp, SWM serta para peniaga pasar telah melaksanakan Kempen Pasar Awam Bersih di Pasar Awam Rengit. Program ini diadakan sebagai salah satu inisiatif untuk meningkatkan tahap kebersihan di kawasan pasar selain memupuk kesedaran dalam kalangan peniaga dan pengunjung tentang pentingnya menjaga kebersihan sebagai tanggungjawab bersama.
Kempen ini telah dirasmikan oleh Tuan Haji Ezahar bin Haji Abu Sairin, Yang Dipertua MPBP. Turut hadir sama Encik Zaidi bin Japar, Ketua WHIP MPBP, Encik Abd Razak bin Ithnain, Setiausaha MPBP, Encik Arzahar bin Salleh Ahli Majlis Zon 24 (Zon Rengit Selatan) dan Puan Teo Siau Pei Ahli-Majlis Zon 23 (Zon Rengit Utara),serta Ketua-ketua Jabatan dalaman MPBP.
Sepanjang kempen ini berlangsung, pelbagai aktiviti telah dijalankan termasuk gotong-royong membersihkan kawasan pasar, kutipan sisa buangan, mengecat pasar, pertandingan bangku terbersih serta kawalan mahluk perosak.
Selain itu, turut diadakan Penyampaian Hadiah Pertandingan Bangku Terbersih sebagai penghargaan kepada peniaga yang menjaga kebersihan dan kekemasan gerai masing-masing serta penyerahan apron kepada para peniaga Pasar Awam Rengit sebagai simbol sokongan dan galakan kepada mereka untuk terus mengekalkan kebersihan semasa menjalankan perniagaan.
Terima kasih diucapkan kepada semua pihak yang telah menjayakan kempen ini. Diharapkan usaha ini dapat diteruskan dan menjadi amalan harian supaya pasar kita kekal bersih, selesa, dan mesra alam untuk semua.
#MPBP #MajudanSejahtera #BPHebat #BPBersih #JohorBersih #KempenPasarAwamBersih2025