Majlis Perbandaran Batu Pahat ingin mendengar pendapat anda
Majlis Perbandaran Batu Pahat sedang menjalankan kaji selidik bagi mengukur tahap kepuasan pelanggan terhadap perkhidmatan yang disediakan oleh MPBP.
Kajian ini dapat membantu pihak kami untuk memperbaiki mutu perkhidmatan dan memperbaiki kelemahan dari semasa ke semasa bagi memastikan kami dapat memberikan anda perkhidmatan yang cemerlang.
Bantu kami dalam menjayakan kajian ini dengan memberikan maklum balas anda.
Imbas kod QR atau klik pautan yang disediakan untuk menyertai kaji selidik ini.
Terima kasih atas sokongan dan kerjasama anda
#mpbpmajusejahtera