06 OKTOBER 2025 | ISNIN - Majlis Perbandaran Batu Pahat telah menganjurkan Hari Bandar Pintar dan Rendah Karbon 2025 (Batu Pahat Smart and Low Carbon City 2025) bertempat di Dewan Jubli Intan Sultan Ibrahim. Program dirasmikan oleh Tuan Mohd Farid bin Kassim, Pegawai Daerah Batu Pahat dan turut dihadiri oleh Tuan Hj Ezahar bin Haji Abu Sairin, Yang DiPertua Majlis Perbandaran Batu Pahat, YBhg Datuk Nik Ahmad Faizul bin Abd Mallek, Penasihat Bandar Pintar MPBP, TPr Mohamad Husaini bin Harun, Ketua Penolong Pengarah PLANMalaysia Negeri Johor, Puan Norhanim bt Monadam, Ahli Majlis Perbandaran Batu Pahat. Turut dihadiri adalah Yang Berhormat Tuan Haji Mohd Yusla bin Ismail, ADUN Senggarang dan YB Gan Peck Cheng, ADUN Penggaram dan YBrs Puan Syarifah Nuraida binti T Mohd Apandi, Ketua Pusat Perancangan Bandar Pintar (PLAN-BP) PLANMalaysia.
Program bertujuan menggerakkan serta perkongsian inisiatif bandar pintar dan rendah karbon di kalangan Pihak Berkuasa Tempatan, Agensi Kerajaan, Swasta, Pertubuhan dan masyarakat setempat. Progam dihadiri lebih 500 peserta dari dalam daerah Batu Pahat dan sekitarnya. Satu Sesi Expert Talk bertajuk Bandar Pintar Malaysia: Halatuju Pihak Berkuasa Tempatan & Impak Penarafan Bandar Pintar Malaysia dengan penglibatan dua ahli panel iaitu YBhg Datuk Nik Ahmad Faizul bin Abd Mallek, Penasihat Bandar Pintar MPBP dan YBrs Puan Syarifah Nuraida binti T Mohd Apandi, Ketua Pusat Perancangan Bandar Pintar (PLAN-BP) PLANMalaysia.
Pada program ini juga melibatkan 10 pempamer bandar pintar terdiri daripada Southmax Sdn Bhd, Tenaga Nasional Berhad, Kiwitech Sdn Bhd, Beam Mobility Malaysia Sdn Bhd, NexusLED Green Technology Sdn Bhd , JomParking, Blueshark Malaysia, Loranet, Solar Galactic (M) Sdn Bhd, Esri Malaysia Sdn Bhd. Manakala Program Rendah Karbon, aktiviti penebusan barangan kitar semua, pertandingan rekacipta barangan terpakai, pameran kenderaan elektrik, pertandingan Dart dan pertandingan mewarna turut mendapat penyertaan yang menggalakkan.
Majlis Perbandaran Batu Pahat terus komited untuk meneruskan agenda bandar pintar dan rendah karbon selaras dengan aspirasi Pelan Tindakan Bandar Pintar dan Rendah Karbon yang mensasarkan Batu Pahat sebagai Bandar pintar menjelang tahun 2030 (BP2030).
#bp2030 #batupahatpintar #bpsmartandlowcarboncity #majusejahtera #majujohor #smartandlowcarboncity #batupahat #johor