Bengkel Sasaran Penghasilan Kerja (SPK) Dan MyPerformance (Pengenalan Dan Tatacara Penyediaan)

Bengkel Sasaran Penghasilan Kerja (SPK) Dan MyPerformance (Pengenalan Dan Tatacara Penyediaan)

  • 9 Dis 2024
  • Berita

09 DISEMBER 2024 | ISNIN - Bengkel Sasaran Penghasilan Kerja (SPK) Dan MyPerformance (Pengenalan Dan Tatacara Penyediaan) Majlis Perbandaran Batu Pahat

Bengkel ini diadakan bagi mempelajari pengurusan prestasi pegawai menggunakan Modul Pengurusan Prestasi- MyPerformance HRMIS serta penyediaan dan penetapan Sasaran Kerja Utama (SKU).

Majlis ini telah dirasmikan oleh Tuan Yang Dipertua MPBP, En. Ezahar Bin Abu Sairin diiringi Setiausaha MPBP, En. Abd. Razak Bin Ithnain. 

Turut mengundang adalah tetamu jemputan yang dihadiri oleh Puan Nur Erleta Binti Abu Samah, Penolong Setiausaha Kanan, Puan Amirah Binti Nor Azlan, Penolong Setiausaha,  Encik Khairul Adha bin Sarjuni,  Penolong Pegawai Tadbir dan Puan Nur Afiqah Binti Md. Noh, Pembantu Tadbir dari Bahagian Sumber Manusia, Pejabat Setiausaha Kerajaan Johor.

Taklimat bengkel ini telah disampaikan oleh Puan Amirah Binti Nor Azlan, Penolong Setiausaha, Bahagian Pengurusan Sumber Manusia, Pejabat Setiausaha Kerajaan Johor.

Bengkel ini telah dihadiri oleh 40 orang peserta yang terdiri daripada Ketua-ketua Jabatan dan pegawai yang telah dilantik sebagai Pentadbir SKU Jabatan masing-masing. 

Semoga bengkel ini dapat dimanfaatkan bagi membangunkan Sasaran Kerja Utama (SKU) yang bakal menggantikan Sasaran Kerja Tahunan (SKT) di Majlis Perbandaran Batu Pahat. 

#programjkpmpbp #bphebat #SktvsSku