MENU

Main menu

PROGRAM GERAK MESRA ZON 15 MAJLIS PERBANDARAN BATU PAHAT SEMPENA SAMBUTAN TAHUN BARU CINA (GONG XI FA CAI)

01 Mac 2024 | Jumaat - Program Gerak Mesra Ahli Majlis Zon 15 Majlis Perbandaran Batu Pahat sempena Sambutan Tahun Baru Cina (Gong Xi Fa CAI) telah di adakan di Kompleks Niaga Taman Makmur anjuran Encik Soh Thiam Hock, Ahli Majlis Zon 15 dengan kehadiran melebihi 250 orang penduduk dari sekitar Zon 15.

Program ini anjuran bersama MCA Cawangan Taman Batu Pahat, MCA Cawangan Bakau Chondong dan MCA Cawangan Taman Banang.

Program ini telah dirasmikan oleh Yang Berhormat Datuk Dr. Haji Mohd Puad bin Zarkashi, Speaker Dewan Negeri Johor merangkap Adun Rengit

Pelbagai aktiviti telah dijalankan seperti pemeriksaan kesihatan percuma oleh Klinik Kurnia Batu Pahat, cabutan nombor bertuah, pemberian baja percuma, penyerahan sumbangan Yayasan Makmur Batu Pahat kepada golongan asnaf dan persembahan Kebudayaan masyarakat Cina.

Turut hadir bersama Yang Berhormat Tuan Haji Mohd Yusla bin Ismail, Adun Senggarang dan Tuan Haji Abdul Karim bin Haji Bakar, Setiausaha Majlis Perbandaran Batu Pahat.

Terima kasih kepada Klinik Kurnia Batu Pahat dan seluruh penduduk Zon 15 di atas penglibatan bersama.

Terima kasih juga diucapkan kepada Yayasan Makmur Batu Pahat di atas sumbangan bakul Makanan kepada penerima asnaf Di Zon 15.

#MPBP #PGMZon15

#BPhebat