Kupon Tempat Letak Kereta
MASA OPERASI (MASA PAMER KUPON)
SABTU -KHAMIS | 08.00 PAGI - 06.00 PETANG
JUMAAT DAN CUTI UMUM | DIKECUALIKAN
- Kupon Tempat Letak Kereta (TLK) boleh didapati disemua agen-agen jualan di seluruh Batu Pahat
- Bagi premis-premis yang ingin menjadi agen jualan kupon. Boleh hadir ke pejabat Majlis Perbandaran Batu Pahat (MPBP) bahagian Unit TLK. Dokumen-dokumen yang diperlukan :
- Salinan lesen kedai
- Bayaran RM80.00
- Papan tanda akan diberikan (Stok Terhad)
![]() |
![]() |
MONTHLY PASSES
- This Monthly Pass Purchase can be made at the Batu Pahat Municipal Council Counter, Jalan Pejabat.
- The price for the monthly pass is:
- Monthly RM75.00 (Minimum 2 months).
For any inquiry please contact:
Encik Ismail Bin Musbah
Encik Zainuddin Bin Budi
Finance Department
07-4337993
KADAR BAYARAN PETAK LETAK KERETA BERMUSIM MPBP
BIL | JUMLAH PETAK | KADAR BAYARAN |
1 | 1 | RM 120.00 |
- Sila hadir ke Unit Tempat Letak Kereta MPBP untuk urusan permohonan
- Bayaran hendaklah dibuat dalam tempoh 3, 6, 9 atau 12 bulan
- Bayaran hendaklah dijelaskan setiap awal bulan
TAMBAHAN SYARAT BAGI SEWAAN PETAK LETAK KERETA BERMUSIM
- Keselamatan kenderaan adalah menjadi tanggungjawab penyewa sendiri
- MPBP tidak bertanggungjawab ke atas mana-mana kereta yang diletakkan di petak musim atau kegunaan petak tanpa izin penyewa
- Yang Dipertua boleh membatalkan sewaan petak kereta bermusim pada bila-bila masa tanpa memberi apa-apa notis
PENAMATAN SEWAAN
- Penyewa dikehendaki memaklumkan ke Unit Tempat Letak Kereta MPBP secara bertulis sebulan sebelum tarikh menamatkan sewaan
Untuk sebarang pertanyaan boleh hubungi:
Encik Hirman Bin Padimin
Encik Zainuddin Bin Budi
Jabatan Kewangan
07-433 7993
JENIS-JENIS KESALAHAN LETAK KERETA YANG BOLEH DIKOMPAUN
- Tidak mempamerkan kupon yang dikeluarkan oleh Majlis atau Syarikat Pengendali semasa meletakkan kenderaan bermotor di dalam petak letak kereta berkupon
- Mempamerkan kupon letak kereta yang telah tamat tempon yang dibenarkan
- Mempamerkan kupon letak kereta di dalam keadaan di mana kupon letak kereta tersebut tidak dapat dikenalpasti atau dilihat oleh Pembantu Penguatkuasa (Tempat Letak Kereta) semasa menjalankan pemeriksaan
- Mempamerkan kupon letak kereta tanpa membuat penandaan yang betul
- Meletakkan kenderaan bermotor di luar dari petak kereta di tempat letak kereta
- Menghalang petak letak kereta
- Kenderaan bermotor yang diletak tidak mengikut arah lalu-lints
- Berniaga di tempat letak kereta
- Meletak kenderaan bermotor yang menghalang pili bomba
- Meletak kenderaan bermotor di kawasan kaki lima / siar kaki
- Meletak kenderaan bermotor di tempat letak kereta bermusim tanpa Pas Bermusim yang sah
- Meletak kenderaan bermotor di tempat selain dari yang ditetapkan bagi jenis kenderaan itu
- Mempamerkan kupon yang tidak sah semasa meletak kenderaan bermotor di petak letak kereta di tempat letak kereta