MENU

Main menu

1 OKTOBER 2023 | AHAD

PROGRAM GERAK MESRA AHLI MAJLIS ZON 16

MAJLIS PERBANDARAN BATU PAHAT

DI DEWAN PERNIAGAAN CINA BATU PAHAT, JALAN RAHMAT

Program Gerak Mesra Ahli Majlis Zon 16 Encik Ter Hwa Kwong telah diadakan di Dewan Perniagaan Cina Jalan Rahmat Batu Pahat dan telah dirasmikan oleh Yang Dipertua Majlis Perbandaran Batu Pahat, Encik Ezahar bin Abu Sairin.

Turut hadir sama Presiden Dewan Perniagaan Cina Batu Pahat, Boo Chin Liong, Setiausaha MPBP, Tuan Haji Abdul Karim bin Haji Bakar, Encik Kang Ben Kuang dan Southtern Volunteers Batu Pahat.

Program dimulakan dengan Senaman Aerobic, Ceramah Denggi oleh Pejabat Kesihatan Batu Pahat serta pameran Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK), Jabatan BOMBA, Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), Jabatan Kesihatan dan SWCorp.

Selain itu kaunter bergerak MPBP (Bayaran Cukai) turut dibuka, pertandingan plogging, penebusan barangan keperluan dengan barang kitar semula dan penyampaian sumbangan oleh Yayasan Makmur Batu Pahat.