MENU

Main menu

EXIT CONFERENCE PENGAUDITAN PENGURUSAN PROGRAM BANDAR SELAMAT  MPBP TAHUN 2023
Exit Conference Pengauditan Pengurusan Program Bandar Selamat telah diadakan di Bilik Mesyuarat Delima, Menara MPBP pada 1 Ogos 2023 melibatkan 20 anggota dari pelbagai jabatan dan agensi kerajaan lain.

Mesyuarat telah dipengerusikan oleh Encik Uzaimi Bin Abdul Hamid selaku Timbalan Pengarah Audit Jabatan Audit Negara Negeri Johor bersama-sama pasukan audit Jabatan Audit Negara Negeri Johor.

Turut hadir bersama beberapa Ketua Jabatan dari Majlis Perbandaran Batu Pahat, wakil dari Jabatan Perancangan Bandar Dan Desa Negeri Johor, Wakil Pejabat Setiausaha Kerajaan Johor, Bahagian Kerajaan Tempatan, Wakil Unit Audit Dalam SUK Johor, dan Wakil Ibu Pejabat Polis Daerah Batu Pahat.

Secara keseluruhannya , pihak JANJ berpendapat Pengurusan Program Bandar Selamat di MPBP adalah dalam keadaan baik dan Pihak MPBP merakamkan ucapan terima kasih atas kerjasama yang diberikan.

#MPBP

#MajudanSejahtera

#BPHebat

#MajuJohor