MENU

Main menu

KAJIAN TAHAP KEPUASAN PENGGUNA BAS MUAFAKAT JOHOR 2023

Pihak Perbadanan Pengangkutan Awam Johor (PAJ) sedang menjalankan Kajian Tahap Kepuasan Pengguna Tahun 2023 bagi Perkhidmatan Bas Muafakat Johor (BMJ).

Soal selidik bagi kajian ini dibuka kepada pengguna perkhidmatan dan orang awam bermula dari 18 Julai 2023 – 30 Ogos 2023 secara atas talian.

Justeru, pihak kami berharap agar pihak Tuan/Puan dapat sama-sama mewar-warkan pautan kajian ini di laman sesawang atau media sosial Tuan/Puan untuk mendapatkan maklum balas pengguna agar mutu dan kualiti perkhidmatan Bas Muafakat Johor (BMJ) ini dapat ditambahbaik.

Pautan borang soal selidik [..Klik Sini..] atau imbas QR Code dalam poster yang dilampirkan.