MENU

Main menu

PROGRAM KOMUNITI @ PEKAN SEMERAH

21 Mei 2023 | Ahad - Pada hari ini telah berlangsung Program Komuniti @ Pekan Semerah. Program dirasmikan oleh Yang Berhormat Tuan Mohd Fared b Mohd Khalid, Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Islam Negeri Johor merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Semerah dan turut dihadiri oleh En.Ezahar b Abu Sairin, Yang DiPertua Majlis Perbandaran Batu Pahat, En. Abdul Karim b Hj Bakar, Setiausaha Majlis Perbandaran Batu Pahat, En. Zaidi b Japar, Timbalan Ketua Whip, Majlis Perbandaran Batu Pahat, En. Amir Hamzah b Mamod@Mohamad, Ahli Majlis Zon 1, Ahli-Ahli Majlis, Wakil Agensi Kerajaan & Swasta serta masyarakat setempat.

Program adalah selaras dengan Matlamat Pembangunan Mampan _(Sustainable Development Goals - (SDGs) SDG 11 (Sustainable Cities and Community)_- yang membawa maksud  "Menjadikan petempatan inklusif, selamat, berdaya tahan dan mampan.

Program turut disertakan dengan Sesi Taklimat Perancangan Pembangunan oleh En. Shahril b Karjoo, Ketua Jabatan Perancangan Pembangunan, MPBP dan Taklimat Program Bandar Selamat oleh ASP Mokhtar b Mohd Nor, Ketua Cawangan Unit Rondaan Bermotosikal, Polis DiRaja Malaysia, Batu Pahat.

Berlangsung juga aktiviti bersama masyarakat seperti Permainan Tradisional serta Cabutan Hadiah Bertuah yang disediakan khusus kepada pengunjung yang hadir.

Program ini akan diteruskan ke beberapa lokasi pekan lain seperti Rengit, Senggarang dan Parit Raja bagi membolehkan Majlis Perbandaran Batu Pahat menyampaikan maklumat dan informasi yang lebih tepat dan bermanfaat untuk semua.

Bersempena itu juga, satu program berbasikal juga dianjurkan iaitu Program Berbasikal Jelajah Batu Pahat Siri 2.0 yang disertai oleh 300 peserta yang memulakan kayuhan dari Pekan Semerah sejauh 45km melalui Jalan Sungai Nibong, Jalan Parit Kuda, Jalan Batu Putih, Taman Sri Sulong, Jalan Parit Sulong - Simpang Lima  dan berakhir dilokasi pelepasan di Pekan Semerah. Program berbasikal ini merupakan siri ke.2 daripada keseluruhan empat (4) siri yang akan dianjurkan pada tahun ini.

Terima kasih diucapkan kepada pihak PDRM Batu Pahat, SWCorp, SAJ Ranhill Sdn Bhd, Southern Volunteers Batu Pahat, Pejabat Tanah Daerah Batu Pahat, Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) Batu Pahat, Pejabat Penerangan Batu Pahat serta Pejabat Kesihatan Daerah Batu Pahat yang bekerjasama menjayakan program serta mengadakan pameran.

#MPBP

#MajudanSejahtera #lowcarboncity

#Sustainablecities

#SDGs