MENU

Main menu

28 Februari 2023 - Majlis Perbandaran Batu Pahat diketuai oleh Tuan Abdul Karim b Hj Bakar, Setiausaha MPBP, Ketua Jabatan Dalaman MPBP serta beberapa pegawai telah melakukan lawatan penanda aras di bawah Inisiatif Bandar Pintar dan Rendah Karbon ke PJ Smart Center, Majlis Bandaraya Petaling Jaya. Lawatan bertujuan mempelajari dengan lebih jelas pengurusan dan pelaksanaan tadbir urus komponen bandar pintar (smart city) yang telah berjaya dilaksanakan oleh MBPJ. YBhg Tuan Mohamad Azhan b Md Ami, Datuk Bandar Petaling Jaya serta YBrs TPr Hajjah Sharipah Marhaini bt Syed Ali, Timbalan Datuk Bandar telah mengetuai sambutan delegasi MPBP ke PJ Smart Center, MBPJ.

#MajuSejahtera

#lowcarboncity

#batupahatlowcarbon