Ops Premis Perniagaan

Ops Premis Perniagaan

  • 28 Jan 2026
  • Berita

28 DAN 29 JANUARI 2026 | RABU DAN KHAMIS - Majlis Perbandaran Batu Pahat (MPBP) melalui Jabatan Penguatkuasaan Bersama Jabatan Kesihatan Pesekitaran telah melakukan satu Operasi Khas (Pemeriksaan Permis Perniagaan) di sekitar Bandar Batu Pahat. Dalam operasi yg telah dijalankan, pemilik premis telah melanggar beberapa syarat yg telah ditetapkan oleh pihak majlis antaranya :

Tindakan diambil:

  • Satu (1) kompaun diatas kesalahan kekotoran
  • Satu (1) kompaun diatas kesalahan gagal mempamirkan lesen perniagaan 𝗯𝗮𝗴𝗶 𝘁𝗮𝗵𝘂𝗻 𝘀𝗲𝗺𝗮𝘀𝗮 apabila di minta
  • Satu (1) kompaun tidak mempunyai rekod suntikan typod
  • Dua (2) kompaun membuang cecair terus mengalir ke dalam longkang tanpa menggunakan perangkap minyak
  • Empat (4) Notis Amaran tutup premis bertempoh serta merta
  • Satu (1) Amaran Lisan meletakan halangan di tempat awam (menghalang penggunaan parkir awam, laluan awam atau tempat awam)

Nasihat dan Peringatan:

Pihak MPBP menasihati agar pemilik premis perniagaan agar sentiasa mematuhi syarat-syarat lesen yang telah di tetapkan oleh MPBP. Tindakan penguatkuasaan seperti ini akan diteruskan dari semasa ke semasa bagi memastikan pematuhan undang-undang dan menjaga kepentingan awam.