Batu Pahat Buka Tirai Majestic Johor Frestival 2026

Batu Pahat Buka Tirai Majestic Johor Frestival 2026

  • 31 Jan 2026
  • Berita

31 JANUARI 2026 | SABTU - Daerah Batu Pahat secara rasminya menjadi destinasi pembukaan bagi kalendar Majestic Johor Festival 2026. Melalui kolaborasi strategik Majestic Johor Festival X Gong Xi Fiesta, acara ini telah dirasmikan oleh YB Tuan Haji Mohd Fared bin Haji Mohd Khalid, Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Islam Negeri Johor.

Majlis perasmian berlangsung meriah dengan persembahan simbolik 24 Festive Drum dan tarian zapin, melambangkan keharmonian serta integrasi budaya unik di daerah ini. Hadir sama meraikan majlis adalah Encik Mohammad Nazrul bin Abd Rahim (Pengarah Tourism Johor), YBhg. Tuan Haji Mohd Nazid bin Jasiman (Yang Dipertua MPBP), Yang Berhormat Puan Gan Peck Cheng (Adun Penggaram) dan Encik Fan Loke Ten (Pengurus Gabungan Persatuan-Persatuan Cina Batu Pahat)

Festival ini bukan sahaja menjadi medan pameran agensi kerajaan dan jualan usahawan tempatan, malah berfungsi sebagai pemangkin ekonomi kreatif bagi menyuntik keceriaan buat seluruh warga Batu Pahat serta pelancong luar. Syabas diucapkan kepada semua pihak yang terlibat dalam memastikan daerah kita kekal sebagai hub pelancongan budaya yang unggul di Negeri Johor.

#majesticjohorxgongxifiesta #mehlahbatupahat #visitjohor2026 #batupahat #MPBP