31 JANUARI 2026 | SABTU - Aktiviti Gotong- Royong Membanteras Aedes di kawasan wabak denggi di Taman Parit Raja Bersama Jabatan Kesihatan Mpbp, Pejabat Kesihatan Daerah, SWM Environment, Klinik Kesihatan Parit Raja dan Komuniti Setempat telah diatur gerak bagi mengesan kawasan berpotensi dan seterusnya menghapus tempat pembiakan nyamuk. Antara aktiviti yang telah dilaksanakan :
- Pembersihan Tanah Terbiar
- Cantasan Pokok
- Aktiviti Search N Destroy tempat yang berpotensi Pembiakan Nyamuk Aedes
- Litterpicking Sekitar Kawasan Perumahan
- Pembersihan Awam Belakang Rumah(Backlane)
- Pameran dan Taklimat Pendidikan Kesihatan
- Aktiviti Chairobik dan Zumba
- Pemeriksaan Kesihatan
Warga Batu Pahat dinasihatkan untuk meluangkan masa 10 minit setiap minggu bagi menghapuskan kawasan pembiakan nyamuk Aedes.
Hapuskan Aedes, Cegah Denggi !