Bagi memastikan warga Batu Pahat menikmati makanan yang bersih, selamat dan berkualiti, Jabatan Kesihatan Persekitaran bersama Jabatan Pelesenan, Jabatan Penguatkuasaan Majlis Perbandaran Batu Pahat (MPBP) serta Pejabat Kesihatan Daerah Batu Pahat (Unit Kawalan Mutu Makanan) telah menjalankan pemantauan di Expo Rasa Fusion Food Festival.
Sebanyak 55 premis telah diperiksa di sekitar Dataran Shahbandar, Batu Pahat pada 25 April 2026 (Sabtu).
Pemantauan ini memberi tumpuan kepada aspek kebersihan premis, amalan pengendalian makanan, pematuhan suntikan dan sijil pengendali makanan serta pengurusan sisa pepejal. Teguran dan nasihat turut diberikan secara terus kepada peniaga bagi memastikan amalan kebersihan sentiasa berada pada tahap terbaik.
Rumusan:Secara keseluruhannya, tahap pematuhan adalah memuaskan. Peniaga diingatkan untuk terus mengekalkan tahap kebersihan yang baik & menjaga kualiti makanan sepanjang tempoh festival berlangsung.Pihak jabatan akan terus komited dalam melaksanakan pemantauan dan penguatkuasaan secara berterusan demi melindungi kesihatan awam serta menjamin keselamatan makanan untuk seluruh warga Batu Pahat.