Tayangan Skrin Besar Al-Ahli Lawan JDT

Tayangan Skrin Besar Al-Ahli Lawan JDT

  • 17 Apr 2026
  • Berita

17 APRIL 2026 | JUMAAT - Suasana meriah dan penuh semangat bola sepak mewarnai program Tayangan Skrin Besar (Big Screen) perlawanan AFC Champions League Elite (ACLE) yang menemukan Johor Darul Ta’zim (JDT) menentang Al-Ahli.

Program yang bermula seawal jam 10.00 malam ini dimulakan dengan pendaftaran dan ketibaan pengunjung, diikuti pelbagai aktiviti sampingan seperti teka bola, skor game, tendangan penalti dan imbang bola yang berjaya menarik penyertaan orang ramai.

Majlis turut diserikan dengan kehadiran Yang Dipertua Majlis Perbandaran Batu Pahat, Tuan Haji Mohd Nazid bin Jasiman serta Ketua Whip MPBP, En. Zaidi bin Japar yang bersama-sama memeriahkan program dan menyantuni pengunjung.

Kemuncak acara adalah siaran langsung perlawanan bola sepak antara JDT dan Al-Ahli yang ditayangkan secara skrin besar, memberikan pengalaman menonton yang lebih menarik dan mengujakan kepada semua yang hadir. Penyampaian hadiah kepada para pemenang aktiviti turut diadakan sebelum siaran separuh masa kedua diteruskan.

Program ini bukan sahaja mengeratkan hubungan komuniti, malah menjadi platform untuk menggalakkan gaya hidup sihat dan semangat kesukanan dalam kalangan masyarakat setempat.

Terima kasih kepada semua yang hadir dan menjayakan program ini.