Sesi Perbincangan Cadangan Pembinaan Tunku Mahkota Ismail Youtch Center (TMIYC) Di Taman Genting Pura Kencana

Sesi Perbincangan Cadangan Pembinaan Tunku Mahkota Ismail Youtch Center (TMIYC) Di Taman Genting Pura Kencana

  • 11 Feb 2026
  • Berita

11 FEBRUARI 2026 | RABU - Majlis Perbandaran Batu Pahat telah mengadakan satu sesi perbincangan bersama pihak berkaitan bagi membincangkan cadangan pembinaan Tunku Mahkota Ismail Youth Center (TMIYC) yang dicadangkan di kawasan Hutan Bandar Taman Genting Pura Kencana, Batu Pahat.

Sesi ini bertujuan memastikan penyelarasan maklumat, perkongsian pandangan teknikal serta mendapatkan keputusan yang komprehensif demi kelancaran perancangan pembangunan projek tersebut. Mesyuarat dipengerusi oleh Yang Dipertua; Tuan Haji Mohd Nazid bin Jasiman, Ahli Majlis; YBhg Datuk Haji Mohd Lassim bin Burhan, wakil jabatan dalaman MPBP serta agensi luar yang terlibat bagi memberikan input dan pembentangan berkaitan cadangan pembangunan.

MPBP komited untuk memastikan setiap cadangan pembangunan dirancang secara teliti, mengambil kira aspek kemudahan awam, kesejahteraan komuniti serta pembangunan bandar yang mampan selaras dengan SDG 11- Bandar dan Komuniti Mampan

“Berkhidmat Untuk Negara”

“Maju Dan Sejahtera”