Sesi Libat Urus Bersama Peniaga Jalan Pengkai Dan Jalan Shahbandar

Sesi Libat Urus Bersama Peniaga Jalan Pengkai Dan Jalan Shahbandar

  • 16 Apr 2026
  • Berita

16 APRIL 2026 | KHAMIS - Satu sesi libat urus bersama peniaga di Jalan Pengkai dan Jalan Shahbandar telah diadakan pada 16 April 2026 bertempat di Bilik Mesyuarat Delima, Menara MPBP. Sesi ini telah dipengerusikan oleh Encik Abd Razak bin Ithnain, Setiausaha Majlis Perbandaran Batu Pahat, dengan kehadiran Yang Berhormat Puan Gan Peck Cheng, ADUN Penggaram, Encik King Ban Siang (Ahli Majlis Zon 16), Encik Ter Hwa Kwong (Ahli Majlis Zon 20) serta Encik Lim Sey Ken (Ahli Majlis Zon 4).

Sesi libat urus ini bertujuan untuk memaklumkan cadangan penempatan semula peniaga dari Jalan Pengkai dan Jalan Shahbandar ke lokasi baharu di Jalan Batin (PTB 4850 dan PTB 4788) bagi menyelesaikan masalah kesesakan lalulintas dan kebersihan di kedua-dua kawasan. Dalam masa yang sama, pandangan serta cadangan daripada para peniaga turut diambil kira sebagai input penting sebelum pelaksanaan projek ini mengikut garis masa pelaksanaan bermula awal tahun 2027.

Di akhir sesi, majoriti peniaga telah menyatakan persetujuan terhadap cadangan pemindahan ke tapak baharu, tanpa mengabaikan sebahagian peniaga yang masih memerlukan pertimbangan lanjut. Sehubungan itu, pihak majlis akan meneliti isu-isu yang dibangkitkan berkaitan rekabentuk dan struktur bangunan serta kelancaran operasi pemindahan perniaga bagi memastikan proses pemindahan dapat dilaksanakan secara terancang, teratur dan berkesan.