29 APRIL 2026 | ISNIN - Satu sesi lawatan tapak telah diadakan di dua (2) tapak perumahan di Parit Besar, melibatkan Taman Berlian Merah dan Taman Sinar Pelangi. Sesi lawatan ini diketuai oleh Jabatan Perancangan Bandar dan Landskap.
Lawatan tapak ini bertujuan untuk meninjau kemajuan semasa tapak pembinaan, mengenal pasti isu dan permasalahan yang wujud di tapak, serta meneliti langkah penambahbaikan bagi memperkukuh perancangan dan pelaksanaan pembangunan pada masa hadapan.
Pembangunan ini juga selaras dengan Matlamat Pembangunan Mampan (SDG) 11: Bandar dan Komuniti Mampan (Sustainable Cities and Communities), yang menekankan usaha menjadikan bandar dan penempatan manusia lebih inklusif, selamat dan berdaya tahan melalui perancangan pembangunan yang teratur serta persekitaran hidup yang berkualiti.