27 FEBRUARI 2026 | JUMAAT - Program Southern Volunteers Bubur Lambuk peringkat Daerah Batu Pahat telah dilaksanakan dengan jayanya hari ini di Masjid Dato’ Bentara Luar. Program yang diadakan serentak di seluruh negeri Johor ini melibatkan penyediaan 27 buah periuk bubur lambuk disediakan secara kolaborasi antara Southern Volunteers, MPBP, JKR, MKD, MSD, serta Pejabat ADUN Daerah Batu Pahat.
Majlis telah disempurnakan oleh YBhg. Tuan Mohd Farid bin Kassim, Pegawai Daerah Batu Pahat. Terima kasih diucapkan kepada semua pihak termasuk warga MPBP yang terlibat dalam menjayakan program ini. Semoga semangat kebersamaan ini terus memperkukuh silaturahim dan ukhuwah sepanjang bulan Ramadan.