24 FEBRUARI 2026 | SELASA - Tuan Haji Mohd Nazid bin Jasiman, Yang Dipertua Majlis Perbandaran Batu Pahat telah menghadiri Program Berbuka Puasa & Solat Tarawih anjuran Masjid Kampung Parit Maimon, Parit Sulung, Batu Pahat bersama Tuan Pegawai Daerah Batu Pahat.
Turut hadir bersama ialah Yang Berhormat Haji Mohd Fared Mohd Khalid, Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Islam Negeri Johor dan Pegawai - Pegawai Majlis Perbandaran Batu Pahat
Semoga ukhwah yang terjalin antara semua pihak terus diperkukuhkan dan diberkati oleh Allah SWT.