Program Bubur Lambuk Perdana Daerah Batu Pahat

Program Bubur Lambuk Perdana Daerah Batu Pahat

  • 5 Mac 2026
  • Berita

05 MAC 2026 | KHAMIS - Sekitar suasana Program Bubur Lambuk Perdana Daerah Batu Pahat Tahun 2026 yang berlangsung di Masjid Sultan Ismail bersempena bulan Ramadan 1447H. 

Program penuh keberkatan ini telah disantuni oleh Yang Berbahagia Tuan Mohd Farid bin Kassim, Pegawai Daerah Batu Pahat, serta turut dihadiri oleh Yang Dipertua MPBP, Tuan Haji Nazid bin Jasiman. 

Inisiatif yang dijayakan bersama barisan Pegawai Tadbir Negeri Johor bagi Daerah Batu Pahat, wakil Baitulmal Majlis Agama Islam Negeri Johor serta ahli-ahli PUSPANITA Cawangan Daerah Batu Pahat dan Southern Volunteers ini mencerminkan semangat muhibah penjawat awam di seluruh negeri Johor. 

Tuan Yang Dipertua merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada semua pihak yang telah bertungkus-lumus menjayakan program ini demi kesejahteraan komuniti Batu Pahat.