Program Bubur Lambuk Perdana

Program Bubur Lambuk Perdana

  • 27 Feb 2026
  • Berita

27 FEBRUARI 2026 | JUMAAT - Suasana di Menara MPBP hari ini meriah dengan aroma rempah ratus sempena Program Bubur Lambuk Perdana.

Program ini menyaksikan penyertaan aktif staf MPBP dalam menyediakan juadah berbuka puasa untuk dikongsikan bersama warga setempat. Sesi penyerahan bubur lambuk kepada orang awam telah dilaksanakan oleh Tuan Setiausaha MPBP, Encik Abdul Razak bin Ithnain.

Program ini adalah kerjasama Yayasan Makmur Batu Pahat, Anulae Cawangan Johor Barat, Kelab Bunga Tanjung MPBP dan Puspanita MPBP.

Semoga inisiatif santuni masyarakat ini terus mengeratkan hubungan antara pihak majlis dan warga Batu Pahat yang dikasihi.