Majlis Perbandaran Batu Pahat (MPBP) melalui Jabatan Penguatkuasaan telah melaksanakan pemantauan di sekitar kawasan pentadbiran MPBP. Sepanjang pemantauan tersebut, didapati terdapat beberapa individu yang telah menceroboh kawasan serta rizab kerajaan yang diselenggara oleh MPBP.
Sehubungan itu, jabatan telah mengambil tindakan segera bagi menangani isu-isu berkenaan, antaranya:
- Dua (2) tindakan Notis kompaun atas kesalahan mendirikan bangunan tanpa kebenaran MPBP (kawasan tempat awam).
- Sebelas (11) tindakan Notis Amaran atas kesalahan menceroboh tanah awam/ rezab Kerajaan
- Satu (1) sitaan gagal patuhi Notis Amaran
Peringatan Kepada Warga Batu Pahat
Orang awam adalah dilarang sama sekali melakukan sebarang aktiviti seperti menanam, memotong, merosakkan atau memusnahkan pokok dan tanaman di kawasan awam serta rizab milik MPBP. Larangan ini meliputi kawasan padang permainan, kawasan lapang, zon penampan dan bahu jalan.
Sebarang perbuatan vandalisme terhadap tanaman awam adalah merupakan satu kesalahan di bawah peruntukan undang-undang pihak berkuasa tempatan dan boleh dikenakan denda sehingga RM2,00 atau penjara tidak melebihi (1) tahun, atau kedua0duakanya sekali.
Kerjasama semua pihak amat dihargai dalam memastikan keselamatan, keharmonian serta keindahan persekitaran Bandar Batu Pahat sentiasa terpelihara.