Pemantauan Premis Perniagaan

Pemantauan Premis Perniagaan

  • 22 Apr 2026
  • Berita

22 APRIL 2026 | RABU - Majlis Perbandaran Batu Pahat (MPBP) melalui Jabatan Penguatkuasaan telah melaksanakan satu operasi pemantauan di sekitar bandar Batu Pahat. Pemantauan ini memberi tumpuan kepada premis-premis yang disyaki menjalankan aktiviti perniagaan oleh warga asing tanpa kebenaran yang sah.

Hasil daripada operasi tersebut, pihak Majlis telah mengambil beberapa tindakan serta-merta seperti berikut:

Tindakan diambil :

  • Sitaan lesen perniagaan bagi tujuan siasatan lanjut oleh Jabatan Pelesenan;
  • Arahan penutupan premis serta-merta terhadap premis yang didapati melanggar syarat lesen.
  • Mengeluarkan kompaun kepada pesalah.

Nasihat dan Peringatan :

Pihak MPBP menasihati semua pemilik premis agar sentiasa mematuhi syarat-syarat lesen serta peruntukan undang-undang yang berkuat kuasa. Tindakan penguatkuasaan yang tegas akan terus dilaksanakan dari semasa ke semasa bagi memastikan pematuhan undang-undang dan seterusnya menjaga kepentingan serta kesejahteraan awam.