Pelaksanaan Penarafan Bintang Audit Teknikal (PBAT) Kesihatan Persekitaran Tahun 2026

Pelaksanaan Penarafan Bintang Audit Teknikal (PBAT) Kesihatan Persekitaran Tahun 2026

  • 6 Mei 2026
  • Berita

06 MEI 2026 | RABU - Majlis Perbandaran Batu Pahat (MPBP) telah menjalani sesi Penarafan Bintang Audit Teknikal (PBAT) Kesihatan Persekitaran bagi tahun 2026 yang dilaksanakan oleh wakil dari Jabatan Kerajaan Tempatan, KPKT iaitu En. Mohd Norhafiz Bin Maszalan selaku ketua auditor dan dibantu oleh Tuan YM Raja Mohd Rostum Bin Raja Daud.

Pelaksanaan PBAT ini merupakan salah satu Indikator Prestasi Utama (KPI) Jabatan Kerajaan Tempatan, Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT), yang dilaksanakan ke atas Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) terpilih bagi menilai tahap pelaksanaan Program Kesihatan Persekitaran. Antara objektif pelaksanaan PBAT adalah:

  • Menilai tahap penyampaian perkhidmatan PBT dalam aktiviti kesihatan persekitaran agar selaras serta mematuhi dasar, akta, peraturan dan garis panduan yang ditetapkan.
  • Mewujudkan budaya kecemerlangan prestasi perkhidmatan berteraskan persaingan sihat dalam kalangan PBT melalui Standard Penarafan Bintang PBAT.

Hasil laporan awal audit mendapati semua KPI utama berjaya dicapai dengan baik. Pihak MPBP merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada para juruaudit atas cadangan penambahbaikan, pandangan serta perkongsian ilmu sepanjang sesi audit berlangsung.

Penghargaan turut diberikan kepada seluruh warga kerja MPBP atas kerjasama dan komitmen yang telah diberikan dalam memastikan kelancaran pelaksanaan audit ini. Semoga usaha berterusan ini menjadi pemangkin ke arah kecemerlangan perkhidmatan serta pencapaian penarafan 5 Bintang