22 APRIL 2026 | RABU - Majlis Perbandaran Batu Pahat (MPBP) melalui Jabatan Penguatkuasaan telah melaksanakan satu operasi pemeriksaan lesen di sekitar kawasan pentadbiran MPBP. Hasil pemeriksaan mendapati terdapat sebahagian pemilik premis perniagaan, penjaja dan peniaga pasar yang kurang peka terhadap tarikh pembaharuan lesen perniagaan masing-masing. Sehubungan itu, tindakan penguatkuasaan telah diambil dengan mengeluarkan kompaunn terhadap pihak yang gagal memperbaharui lesen dalam tempoh ditetapkan.
Nasihat dan Peringatan :
Pihak MPBP menasihati semua pemilik lesen perniagaan agar sentiasa mematuhi tempoh sah laku lesen bagi tahun semasa. Tindakan penguatkuasaan akan terus dilaksanakan dari semasa ke semasa bagi memastikan pematuhan terhadap undang-undang serta melindungi kepentingan awam.