Ops Premis Perniagaan

Ops Premis Perniagaan

  • 9 Feb 2026
  • Berita

09 FEBRUARI 2026 | ISNIN - Majlis Perbandaran Batu Pahat (MPBP) melalui Jabatan Penguatkuasaan  telah melakukan satu Operasi Serbuan Premis yang dikendalikan oleh warga asing di sekitar Bandar Batu Pahat. Dalam operasi ini, pemilik lesen perniagaan telah melanggar beberapa syarat yg telah ditetapkan oleh pihak majlis antaranya :

Tindakan diambil :

  • Lima (5) premis diarah tutup perniagaan diatas kesalahan salah guna lesen perniagaan kepada warga asing (Alibaba)
  • Dua (2) sitaan lesen perniagaan diatas kesalahan salah guna lesen perniagaan
  • Satu (1) kompaun diatas kesalahan ubah suai binaan rumah di jadikan permis perniagaan
  • Satu (1) kompaun membuang cecair terus mengalir ke dalam longkang tanpa menggunakan perangkap minyak
  • Satu (1) kompaun langar syarat lesen MPBP
  • Dua (2) Notis Amaran tempoh tujuh (7) hari bagi menjaga kebersihan

Nasihat dan Peringatan :

Pihak MPBP menasihati agar pemilik premis perniagaan agar sentiasa mematuhi syarat-syarat lesen yang telah di tetapkan oleh MPBP. Tindakan penguatkuasaan seperti ini akan diteruskan dari semasa ke semasa bagi memastikan pematuhan undang-undang dan menjaga kepentingan awam.