12 FEBRUARI 2026 | KHAMIS - Terima kasih orang awam kerana menjadi masyarakat yang prihatin dan bertanggungjawab dengan menyalurkan maklumat.
Majlis Perbandaran Batu Pahat (MPBP) melalui Jabatan Penguatkuasaan telah melaksanakan satu Operasi Penguatkuasaan Ops Pemantauan Premis di sekitar kawasan pentadbiran MPBP.
Opersi ini menyasarkan premis menjalankan perniagaan yang mencurigakan(menjual no haram/judi online). Dalam operasi ini, tiga (3) premis diperiksa dan terdapat beberapa tindakan telah diambil antaranya :
Tindakan diambil :
- Tiga (3) premis diarah tutup serta merta diatas kesalahan gagal kemukakan lesen perniagaan tahun semasa
- Tiga (3) kompaun dia keluarkan diatas kesalahan tidak memilik lesen perniagaan MPBP tahun semasa
- Tiga (3) Notis Amaran serta merta tutup perniagaan
Nasihat dan Peringatan :
Pihak MPBP menasihati agar pemilik premis sentiasa mematuhi syarat-syarat lesen yang telah di tetapkan oleh MPBP. Tindakan tegas penguatkuasaan seperti ini akan diteruskan dari semasa ke semasa bagi memastikan pematuhan undang-undang dan menjaga kepentingan awam.